Pages

Saturday 26 October 2013

0
Komen

Crayon,,,,,

Persahabatan itu ibarat sekotak crayon masing2 pnye wrna berbeza tpi cuba padukan mereka akan membuat sebuah pelangi yang indah.


Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>
1
Komen

Lapar Ke????

Tips:

Untuk memastikan kejayaan dalam menurunkan berat, kita perlu makan makanan berkhasiat untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam dan juga perlu makan mengikut waktunya. Tapi ada sesetengah orang rasa lapar sebelum waktu makan, contoh lapar pada pukul 10-11am dan pukul 4-5pm.

Tahukah anda mula2 rasa lapar ialah tanda badan kita kurang air? Jadi bila dah mula lapar, ada yg terus cari biskut, kuih dan snek, sedangkan badan perlukan segelas dua air je. Cuba minum air dulu, kemudian jika masih lapar barulah ambil sedikit snek sihat utk 'lapik' perut sementara tunggu waktu makan seterusnya.


Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>

Friday 25 October 2013

Friday 18 October 2013

2
Komen

You - Nur Jannah Allia



Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>

Thursday 17 October 2013

0
Komen

Simple Compcard (^_^)

   Wah,,,,,terkejut tbe2 IB tlg wat simple Compcard. Dhla xda gmbar Closed-up. 
By da way, Thanks to Sifu Incik Baha




Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>
2
Komen

Taman Botani Experience








Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>

Wednesday 16 October 2013

0
Komen

Kisah Benar Dari Seorang Kenalan

            Td duduk tepi kaki lima CIMB Bank Prt Raja,dtg sorang pakcik ni tegur aq dia ckp muka anak mcm ada masalah dan rungsing. pastu pakcik tu bg sikit cerita agama dan cerita imam ghazali. pastu pakcik tue ckp kunci kehidupan ibadat, munakahat, muamalat & tasauf. klau adik amalkan dan hayati semua ni insyaalah adik boleh harungi kesulitan. dan akhir sekali bila azan asar bunyi pakcik tu ajak kemasjid. tiba2 ja air mata aq mengalir.


Subhanallah....... Kemungkinan pakcik tu adalah utusan dari Allah S.W.T. untuk membantu kenalan den yg tngah runsing. Alhamdulillah....... Den pulak yg terasa terharu sngat2. 







Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>
0
Komen

Batu Pahat, Johor Experience








Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>
3
Komen

Buang Rasa Marah

Teringat suatu kata2. Sebelum kte nak marah2, knalah ingat n ambil tau adakah marah kte uh mendatangkan kebaikan ataupun keburukan terhadap orang sekeliling. So, kalau nak marah2, tarik nafas dalam2 dulu then pjam mata. Kalau xhilang juga rasa marah tu, ambillah wuduk.(^_^)



Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>
0
Komen

Menjadi Idaman (^_^)



Ha,,,,kalau nak tau. yang kat atas ni salah 1 ring idaman den taw. Lagi2 yg ada bentuk love uh.


Yg ni pulak kete idaman den. Hohohohho. Bak kate member den la. "Alahai ko ni pun. Xkan kete pun nak pink kot. " (^_^)


Hahahahaha.Yg ni pulak pelamin idaman den. Stakat ni den minat pattern ala2 ni ja. Simple pn xpa. Yg pnting sdap mata memandang :)



Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>
0
Komen

18 Tahun




Huhuhuhu.dah tua rupanya adek bujang den yg sorang ni. Gnaplah umur dye 18 tahun time 13 oktober 2013. Moga panjang umur n dimurahkan rezki ye. (^_^)



Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>
0
Komen

Pilih Yang Terbaik



Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>
0
Komen

Aiskrim Oreo


Ok, Kalini resipi aiskrim oreo pulak. Resipi ni pun mak angkat sharing gak. Tq 2 mak angkat coz sharing resipi. (^_^)
(Gambar Aiskrim sekadar hiasan je k)

BAHAN-BAHAN:
Sebungkus coffemate - yang saiz pling kecil je
Satu bungkus biskut OREO (asingkan krim dengan biskut.)
1 kotak kecil Susu dutch lady UHT (perasa apa pun boleh.ikot suke korang k.)

CARA MEMBUAT:
- blend susu dutch lady dengan coffemate smpai btol2 kembang k.kalau guna susu perasa strawberry, korang just blend ja smpai kembang.xpyah campur ngan coffemate k.
- lpas tu korang masukkan la dalam 1 bekas.
- biskut oreo pulak korang asingkan krim dngan biskut dye.korang leh blend skali biskut ngan susu kalau korang nak hancur.kalau korang xnak biskut hancur, korang just ramas ja biskut tu.
- last skali, korang gaulkan hancuran biskut dengan hasil blend tu. gaul smpai sebati.nak tambah bahan lain pn boleh (coklat rice / coklat chip). ikot selera korang la.janji xmanis sngt. kang penyakit lain pulak muncul.
- bila dah gaul smpai sebati, ape ag. masukkan dlm peti ais la. hehehe.tunggu la hasil ape yg korang dpat. (^_^)

Selamat mencuba k kawan2. Ape yg penting di mulakan dengan Bismillah bila nak buat sesuatu benda  

Credit By :- Yana Ariana.



Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>
0
Komen

Aiskrim


Jom Try Buat Aiskrim pulak. Tibe2 lak teringat resipi ni. coz time tu yana stay kat umah mak angkat time program khidmat masyarakat. Tq 2 mak angkat coz sharing resipi. (^_^)
(Gambar Aiskrim sekadar hiasan je k)

BAHAN-BAHAN:

2atau3 kotak kecil Susu dutch lady UHT- (korang pilihla perasa yg korang nak k. Coklat/Strawberry/vanila)
coklat chip/coklat rice (bahan tambahan)

CARA MEMBUAT:
- Blend susu UHT perasa coklat sampai betol2 kembang. then gaulkan dengan sedikit coklat rice.kemudian, masukkan dalam bekas.
- Blend susu UHT perasa strawberry sampai betol2 kembang. then masukkan ke dalam bekas yg lain.
- Last skali korang blend pulak susu UHT perasa original sampai betol2 kembang.korang titiskan perasa vanilla & kacaw hingga sebati.lpas uh korang gaulkan dengan coklat chip. then korang masukkan kedalam bekas yg lain gak.
- Cari 1 lagi bekas untuk gabungkan ketiga2 perasa. ikot suke korang la nak gabungkan camna. ikot kreativiti masing2 k.
- lpas tu, korang masukkan la kedalam peti ais.tunggu smpai betol2 keras.
- korang tengokla hasilnye nanti k. korang boleh buat untuk 3perasa ataupun 2 perasa. kalau xnak gabung perasa pn xpa.korang buat 1 perasa pn dah ok. (^_^)


~# Selamat mencuba k kawan2. Ape yg penting di mulakan dengan Bismillah bila nak buat sesuatu benda   #~


Credit By :-Yana Ariana.



Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>
0
Komen

Resipi Paprik Ayam


• 150 gram isi ayam (direbus) 
• 1.5 inci halia (dihiris halus) 
• 3 ulas bawang merah (dihiris halus2) 
• 1 batang serai (di ketuk)
• 4 sudu cili boh
• 5 helai daun limau purut (disiat2)
• 6-7 biji cili padi (ditumbuk kasar)
• Kubis bunga
• Kacang panjang
• Lobak merah
• Kicap & 1 Kiub Tomyam (dicairkan dulu)
• Sos tiram
• Garam

Cara-cara
1. Mula sekali, isi ayam direbus dengan kuantiti air yang sederhana untuk dapatkan stok ayam yang sederhana pekat. X perlu rebus lame2.
2. Then,tumis halia, bawang merah & serai sehingga garing & berbau harum. Masukkan cili boh. Kacau hingga wangi. lepas tu masukkan Kicap, garam & kiub tomyam secukup2 rasa.
3. Masukkan pula isi ayam yang telah direbus & juga stok ayam kedalam bahan yg ditumis tadi. (Kalau suka kuah pekat campur dgn tepung jagung.ikot citer rasa korang la)
Kacau & biarkan selama 2 minit. ( isi ayam boleh digantikan dgn udang@sotong kalau korang suke seafood.)
4. Selepas itu masukkan pula daun limau, cili padi, kubis bunga,kacang panjang & lobak merah.
Kacau sampai naik bau & rasa pun ok Akhir sekali, barulah masukkan sos tiram.

Masukkan kedalam mangkuk, Then boleh dihidang.
Yummy2. Jangan lupe try taw (^_^)

Selamat mencuba k kawan2. Ape yg penting di mulakan dengan Bismillah bila nak buat sesuatu benda  

Credit By :- Yana Ariana.



Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>
0
Komen

REsipi Begedil Ayam/Daging



300 g ubi kentang (dikupas kulit)
100 g bawang merah
200 g daging/ayam (cincang halus)
5 tangkai daun sup } dihiris halus
5 tangkai daun bawang }
2-3 biji telur
Garam, serbuk lada sulah secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya
1.Rebus kentang hingga empuk, lecek lumat.
2.Hiris bawang merah, goreng garing dan tumbuk halus.
3.Gaulkan kentang, bawang, daging dan semua bahan lain kecuali telur.
4.Kepalkan menjadi bebola.
5.Celup bergedel di dalam telur.
6.Goreng di atas api perlahan hingga keperangan dan masak.
7.Angkat, tuskan minyaknya dan sajikan dengan sos cili.

Sedia untuk di hidang. Yummy2 (^_^)

Selamat mencuba k kawan2. Ape yg penting di mulakan dengan Bismillah bila nak buat sesuatu benda  

Credit By :- Yana Ariana.


Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>
0
Komen

Resipi Pizza Maggi



Bahan-Bahan:
1 Bungkus maggi
2 biji telur 
Sosej/fishball/fishcake (bolem tambah jika korang suka)
1/4 Lobak (dihiris halus)
Cendawan butang (hiris nipis)
Daun sup (dihiris halus)
Bawang besar (dihiris nipis)

Cara:
- Celurkan maggi, ketepikan.
- Pukul telur sehingga agak kembang.
- Masukkan perencah maggi, sosej/fishcake/fishball yang dipotong kecil-kecil, lobak, daun sup, cendawan butang dan bawang besar serta mee maggi yang telah dicelur tadi. - Gaul hingga sebati.
- Goreng didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak (seperti menggoreng telur dadar) sehigga masak.
- Gunakan kuali yang bertangkai.

Sedia untuk menjamu selera. Yummy2 (^_^)

Selamat mencuba k kawan2. Ape yg penting di mulakan dengan Bismillah bila nak buat sesuatu benda  

Credit By :- Yana Ariana.



Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>
0
Komen

Resipi Agar2 Roti / Puding Roti



Bahan :
1 peket agar - agar
6 cawan air ( ikut sukatan pada plastik agar - agar tu )
gula - (ikut selera korang sendiri.jngan terlebih gula sudah.hehee.kang dapat penyakit lain pulak.)
1 tin susu cair
6 keping roti - (korang boleh guna kulit roti sekali)
1 biji telur
3 jenis pewarna (jagung/milo/pandan/vanila/strawberry)
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya :
- Roti ,susu cair dan telur disatukan, apabila roti kembang, blender kasar jangan terlalu halus.
- Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar - agar dengan 6 cawan air dan masak hingga agar - agar hancur dan tapis.
- Masukkan semula kedalam periuk.
- Masukkan gula ikut selera manis korang sendiri, apabila gula sebati masukkan bahan - bahan yang diblender tadi.
- Kacau sekejap dengan api perlahan.
- Bahagikan kpada 3 bahagian dan masukkan perasa kesukaan korang untuk tiap2 bahagian tu.
- Kacau smpai rata.
- Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis dan diikuti dengan warna lain juga ditengah loyang, tak payah tunggu keras.Korang boleh tuang secara berlapis2 ataupun ikot kreativiti korang. (^_^)
- Sejukkan didalam peti ais sebelum dipotong.
Sedia untuk di hidang. Yummy2   

Selamat mencuba k kawan2. Ape yg penting di mulakan dengan Bismillah bila nak buat sesuatu benda  

Credit By :- Yana Ariana.



Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>
0
Komen

Mee Kari (^_^)



Bahan-Bahan:
4 biji bawang merah yang dikisar halus/ditumbuk
2 biji bawang putih yang dikisar halus/ditumbuk
1 peket serbuk kari daging (apa-apa jenama pun boleh. ikot selera)
2 sudu besar cili giling@cili boh (cili giling lebih pedas)
1 bungkus mi kuning yang dicelur
Tauge (50 sen) juga dicelur
Sawi, juga dicelur
Sayur kobis dipotong-potong
Cili api
Bawang goreng (buat sendiri lagi sedap)
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
2 keping tauhu yang dipotong kecil
300 gram udang (mula-mula dibuang kulit, kulit udang dicuci sekali, dikisar halus dan ditapis airnya)
200 gram isi kerang (kalau tak minat kerang, tak perlu masukkan)
300 gram daging
1 keping fishcake yang dipotong
6 biji fishball yang dibelah empat
4 biji telur yang direbus
Santan dari 1 biji kelapa
Sedikit air
Dah siap dah bahan-bahannya,

Sekarang cara membuatnya:
1. Mula-mula tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan sedikit air bersama cili giling dan serbuk kari.
3. Setelah, kedua-duanya masak dan berwarna agak gelap sedikit, masukkan air asam jawa dan air rebusan kulit udang tadi bersama daging dan 1/4 daripada santan kelapa.
4. Biar sehingga daging empuk.
5. Kemudian, masukkan udang, kerang, tauhu, sayur kobis, fishcake, fishball dan baki santan tadi. Biarkan menggelegak sambil dikacau-kacau kuahnya supaya santan tidak pecah minyak.
6. Masukkan garam secukup rasa dan angkat untuk dihidangkan.

Sedia untuk di makan (^_^). Yummy  

Selamat mencuba k kawan2. Ape yg penting di mulakan dengan Bismillah bila nak buat sesuatu benda  

Credit By :- Yana Ariana.



Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>
0
Komen

Sayur Chap Cay



BAHAN-BAHANNYA 
Bunga kobis, potong sekuntum2
Broccoli, potong sekuntum2
3 - 4 batang putik jagung, hiris secara serong
15 tangkai kacang peas, kerat 2
1/2 biji capsicum merah, hiris kecil2
1/2 biji capsicum hijau, hiris kecil2
1/2 biji capsicum kuning, hiris kecil2
1/4 biji kobis, potong kasar
1/2 cawan isi udang
1 biji bawang besar, hiris kasar
3 ulas bawang putih, dititik
2 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa (jika perlu)
Secubit gula

CARA MEMBUATNYA 
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih hingga bau naik, masukkan sos tiram, kacau dan tambah udang, lobak merah, bunga kobis dan putik jagung, tuang sedikit air.
- Kacau dan masak sekejap.
- Masukkan semua jenis capsicum, kobis, dan juga broccoli . - Masak hingga sayur lembut tapi masih rangup. Tabur sedikit gula, kacau dan rasa, jika kurang masin boleh letak sedikit garam .
- Hidangkan panas2. Makan bersama nasi + Asam pedas....hmm i likeee!! Yummy2. Ape lagi. try la kawan2.

Selamat mencuba k kawan2. Ape yg penting di mulakan dengan Bismillah bila nak buat sesuatu benda  

Credit By :- Yana Ariana.



Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>
0
Komen

Kek Batik



Bahan-bahan

1 bungkus (350g) biskut marie
Setengah buku butter
1 cwn serbuk koko
1 cwn milo
1/2 cwn gula
** milo dan koko tu terpulang pd citarasa korang.kalau nak lagi pekat, tambahla lagi sukatan ye (^_^) **

Cara-cara

patah2kan biskut
dalam periuk. Panaskan butter dalam kuali,kacau sampai butter cair kecilkan api. then campurkan koko,milo,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut, kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune cket jela...)
masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang. Boleh la try then bagi kawan2 rasa. simple2. (^_^)

Selamat mencuba k kawan2. Ape yg penting di mulakan dengan Bismillah bila nak buat sesuatu benda  

Credit By :- Yana Ariana.



Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>
0
Komen

Asam Pedas Johor



Bahan-bahan :

- Lada yang siap dikisar ( ambil dlam 3 sudip )
- Air asam jawa ( ambek asam jawa dlam segenggam n then ramas2 bersama air dalam satu mangkuk )
- Garam secukup rasa
- Ikan/ayam
- Air semangkuk
- Minyak
- Bawang kecil 3 biji & bawang putih 2 biji ( dihiris halus/ tumbuk )

Cara-cara memasak :

- First, korang letak dan panaskan minyak.... 
- Agak2 bile da panas, korang masukkan bawang yg dah siap dihiris halus/tumbuk tu supaye bau naik.. kacau sampai separuh hangus.. maksudnye, jgn sampai hangus plak.. 
- Bila bau dah naik, korang cepat2 letakkan lada..
- Tunggu sampai lada tu garing... sambil tu korang kacau2 kan lada tuh...
- Lpas dah garing, korang bleh la letak air asam jawa...
- Dah letak air asam jawa, terpulang kat korang samada nak letak ikan/ayam dlu or nk letak air dlu.. klaw nk letak air dlu, pas letak air, korang letak jer ikan/ayam.. law korang nk letak ikan/ayam dlu, korang letak air plak... mmmmm.. xsusah kan.. biasenye yana letak ikan/ayam dlu bwu letak air... 
- Haa... lpas tu korang bru la letak garam secukup rase ok... 
- Biarkan dlam mase 10 minit ( bg ikan )... 20/30 minit ( bg ayam )..
- Ehh.. sebelum terlupe, klaw korang nk asam pedas korang nie lagi sedap, sebelum angkat lauk nie, korang letak la daun Limau or daun kesum ! huh, lagi berselere la korang taw. jom la. (^_^)

Selamat mencuba k kawan2. Ape yg penting di mulakan dengan Bismillah bila nak buat sesuatu benda 
 


Credit By :- Yana Ariana.



Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>
0
Komen

Amylea - Seperti Dia


Bila tengok cter JIMK bru tau lagu ni Amylea yg nyanyi. boleh tahan la.





Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>

Tuesday 15 October 2013

0
Komen

Sahabat

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" - ( Saidina Ali)


Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>
0
Komen

Be4 & After ??


:: Kalau bercinta selepas nikah, dapat mesej dari husband pun boleh tersenyum sorang2   


Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>

Monday 14 October 2013

0
Komen

Pandai Ambil Hati ??

:: Lelaki memang suka perempuan yang cantik . Tapi lelaki lebih senang jatuh cinta dekat perempuan yang pandai ambil hatinya dan buat dia tersenyum 


Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>
0
Komen

FaKta LeLakI

  • Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
  • Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
  • Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
  • Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
  • Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
  • Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
  • Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
  • Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
  • Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
  • Lelaki juga akan menangis.
  • Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
  • Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
  • Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
  • Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
  • Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
  • Lelaki amat sayang ibu mereka.
  • Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
  • Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
  • Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
  • Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
  • Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
  • Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
  • Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
  • Lelaki lebih banyak berfikir.
  • Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
  • Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
  • Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
  • Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
  • Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
  • Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
  • Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
  • Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
  • Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
  • Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
  • Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
  • Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.


Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>
0
Komen

SiKaP WaNiTa (@_@)



SENSITIF

Sesetengah wanita bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.


CEREWET

Sesetengah wanita bukan bermaksud ‘fussy’ tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal… ini boleh memburukkan lagi keadaan.



HALUS

Wanita di ibaratkan sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran… bukan dendam.



IKHLAS

Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.



PERASAAN

Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.



PRIHATIN

Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.



MANJA

Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga.



EGO

Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!



CINTA

Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat.


Namun selepas gagang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu!





Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>

Saturday 12 October 2013

0
Komen

Spagetti Carbonara



Bahan-bahan ( 3-4 orang )

1/2 bungkus spaghetti (tak kisah apa jenis pun)
1 tin sos carbonara Prego (yana guna yg ni ja coz senang.hehe)
Sedikit isi ayam atau daging (guna yang kisar punya ataupun goreng terlebih dahulu then carik2 kan)
bawang putih (cincang)
bawang merah (cincang)
mushroom butang (dihiris)
1/2 cawan susu segar
Sedikit daun parsley (kalau ada)
Garam secukup rasa
lada sulah.

Cara-cara

mula2 spaghetti di rebus. (letak sedikit margerin@minyak untuk mengelakkan spaghetti melekat). Toskan dan asingkan.
tumiskan bawang putih dan merah tadi. dah naik masak masukkan daging kisar tadi. sampai ia masak ok.
masukkan sos carbonara kacau bersama-sama dengan daging tadi.
masukkan mushroom tadi dah gaul hingga sebati.
nampak dah pekat sikit masukkan susu segar tadi sedikit demi sedikit sampai ia berkrim.
letakkan garam sedikit dan lada sulah untuk perasanya,
untuk hiasan letak daun parsley di atas sos tadi dan sedia untuk dihidangkan. Yummy (^_^)


Selamat mencuba k kawan2. Ape yg penting di mulakan dengan Bismillah bila nak buat sesuatu benda  

Credit By :- Yana Ariana.



Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>
0
Komen

Resepi Makaroni Goreng





*1 mangkuk kecil daging cincang atau sedikit UDANG. kalau xda daging cincang, yana guna ayam ja. goreng ayam bahagian isi, then carik2 kan ja isi ayam tu (^_^) *



500 gram makaroni
2 senduk cili kisar (cili kering bersama sedikit bawang merah dan bawang putih. kalau xdapat kisar, tumbuk pn boleh)
7 ulas bawang merah kecil (ditumbuk sedikit sahaja)
5 ulas bawang putih (ditumbuk sedikit sahaja)
Sedikit cendawan butang atau cendawan biasa pn xpa
2 batang lobak (dipotong dadu/panjang)
5 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tiram
cili merah, daun saderi dan daun bawang sebagai hiasan.

Cara Memasak / Buat Makaroni Goreng

1. Didihkan air terlebih dahulu.

2. Kemudian masukan makaroni. Rebus makaroni selama lebih kurang 5 minit.

3. Semasa rebus tu masukkan sedikit garam dan 1 sudu kecil minyak zaiton atau minyak masak ke dalam air rebusan tadi. Biar tidak lekat sesama makaroni.

4. Setelah makaroni empuk, toskan. Biarkan seketika.

5. Panaskan kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan dan naik bau.

6. Kemudian, masukkan cili kisar. Kacau.

7. Setelah bahan-bahan tadi agak garing, masukkan daging kisar (atau udang atau isi ayam). Kemudian masukkan sedikit air supaya daging empuk.

8. Bolehlah masukkan cili sos dan sos tiram serta garam. Tumis sebentar.

9. Masukkan cendawan butang, dan lobak.

10. Masukkan makaroni.

11. Akhir sekali, hias makaroni goreng dengan cili, daun saderi dan daun bawang. Sedia untuk di makan. kawan2 boleh la buat kalau free. (^_^)


Selamat mencuba k kawan2. Ape yg penting di mulakan dengan Bismillah bila nak buat sesuatu benda  



Credit By :- Yana Ariana.



Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>
0
Komen

Resipi Sayur Kacang Buncis + Sotong Goreng



Bahan-bahan 

1/2 kilo sotong yg besar 
1 paket kacang buncis
8 biji cili api (dihiris nipis2)
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis2)
sedikit ikan bilis
garam dan gula secukup rasa
sedikit air asam jawa.

Cara-cara:-

- Panaskan minyak
- Masukkan bwg besar,bwg putih,cili api dan secubit gula & garam
- Setelah naik bau masukkan sotong
- Gaul rata. Masukkan kacang buncis.
- Gaul lagi. Last skali masukkan sedikit air asam jawa.
- Setelah masak.
- Angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba k kawan2. Ape yg penting di mulakan dengan Bismillah bila nak buat sesuatu benda  

Credit By :- Yana Ariana.


Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>

Friday 11 October 2013

0
Komen

Collection with Butik Bridal


Kat bawah ni antara gambar2 collection yana time dngan 2 butik bridal yg berbeza. Saja2 ja collection ni. Blom smpai seru lagi untuk diri sendiri punye majlis. hehehe :-)

                                    




  


Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...