Pages

Saturday 12 October 2013

0
Komen

Resepi Makaroni Goreng





*1 mangkuk kecil daging cincang atau sedikit UDANG. kalau xda daging cincang, yana guna ayam ja. goreng ayam bahagian isi, then carik2 kan ja isi ayam tu (^_^) *



500 gram makaroni
2 senduk cili kisar (cili kering bersama sedikit bawang merah dan bawang putih. kalau xdapat kisar, tumbuk pn boleh)
7 ulas bawang merah kecil (ditumbuk sedikit sahaja)
5 ulas bawang putih (ditumbuk sedikit sahaja)
Sedikit cendawan butang atau cendawan biasa pn xpa
2 batang lobak (dipotong dadu/panjang)
5 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tiram
cili merah, daun saderi dan daun bawang sebagai hiasan.

Cara Memasak / Buat Makaroni Goreng

1. Didihkan air terlebih dahulu.

2. Kemudian masukan makaroni. Rebus makaroni selama lebih kurang 5 minit.

3. Semasa rebus tu masukkan sedikit garam dan 1 sudu kecil minyak zaiton atau minyak masak ke dalam air rebusan tadi. Biar tidak lekat sesama makaroni.

4. Setelah makaroni empuk, toskan. Biarkan seketika.

5. Panaskan kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan dan naik bau.

6. Kemudian, masukkan cili kisar. Kacau.

7. Setelah bahan-bahan tadi agak garing, masukkan daging kisar (atau udang atau isi ayam). Kemudian masukkan sedikit air supaya daging empuk.

8. Bolehlah masukkan cili sos dan sos tiram serta garam. Tumis sebentar.

9. Masukkan cendawan butang, dan lobak.

10. Masukkan makaroni.

11. Akhir sekali, hias makaroni goreng dengan cili, daun saderi dan daun bawang. Sedia untuk di makan. kawan2 boleh la buat kalau free. (^_^)


Selamat mencuba k kawan2. Ape yg penting di mulakan dengan Bismillah bila nak buat sesuatu benda  



Credit By :- Yana Ariana.


Hyep. wHaT dO u ThiNk aBoUt Yana PosT?? . tAk maW kOmeN ??? LikE pOn JdiLa..(n_n)

/>

0 Komen Awesome Blogger :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...